Tuesday, July 28, 2009



Assalmualaikum & salam sejahtera,





Pada sabtu 24 & ahad 25 julai, ramai yang telah datang ke Dataran Pahlawan untuk melawat tapak dan membuat pembayaran. Ramai budak2 yang lepak kat atas pun dah teruja nak masuk


moden dance (shuffle). 4 hari lagi.... terima kasih semua yang telah mendaftar.

Sapa2 yang nak join cepat sikit, dah tak banyak booth tinggal.









SENARAI PENIAGA YANG DAH JOIN KITE....
No. Nama/Syarikat Jenis Perniagaan Jumlah Booth
1. MANIS MANJA Biskut & Cup Cake 1
2. BIG TOYS Permainan & Hobi 1
3. DUA SEJOLI Aksesori Wanita 1
4. REDTMA Homestay & Perkhidmatan 1
5. ROZA HERITAGE Cenderamata 1
6. W2COLLECTION Pakaian 1
7. W2COLLECTION Beg 1
8. W2COLLECTION Beg 1
9. NKSB FASION HOUSE Pakaian 1
10. AINUN /MOSAIN Pakaian & Aksesori 1
11. MLACKENYDER/STANLEY Pakaian/t-SHIRT 1
12. DIKNA/CIK’NAH Makanan Kering Tempatan 1
13. ABDUL LATIF/BLACK KRONI ENT Kasut 1
14. CAMNILAH /COKE Minuman & Makanan 1
15. HAIKAL Pakaian 1
16. NAPSIAH Pakaian 1
17. NORBY VARIETY Ayat & Frame 1
18. A&W Makan & Minum 1
19. A&W Makan & Minum 1
20. Mazura Abdullah Pakaian & Aksesori 1
21. Pra Tempahan 10


22. Persatuan Kraftangan 10

Tuesday, July 21, 2009

Pertandingan & Acara Menarik

AKTIVITI ‘COLOURS OF MELAKA’09’
JOM LE! KITA SAKSIKAN PELBAGAI ACARA MENARIK SEPANJANG ‘COLOURS OF MELAKA ‘09’.

Orang ramai dijemput menyertai pertandingan-pertandingan seperti


Colours of Melaka IDOL
Pertandingan ini merupakan acara mencari bakat baru dalam bidang nyanyian, terbuka kepada semua yang berumur 15 tahun – 30 tahun sahaja.

Hadiah Johan RM200.00 Yuran Penyertaan RM5.00




Micheal Jackson Look a Like
Sempena memperingati Raja Pop Micheal Jackson, kami menjemput mereka yang mempunyai bakat menari dan meniru gaya Micheal Jackson menunjukan kebolehan mereka di ‘Colours of Melaka’ bagi mewarnai acara ini.


Hadiah Johan RM150.00 Yuran Penyertaan RM5.00



Modern Dance (Shuffle/Breakdance)
‘Colours of Melaka’ juga memberi peluang kepada anak-anak muda yang meminati tarian moden seperti shuffle & breakdance bersama kami. Datanglah beramai-ramai dan persembahkan aksi terkini dan terbaik anda dalam pertandingan Moden Dance.


Hadiah Johan RM300.00 Yuran Penyertaan RM20.00



Battle of the Band Pop Yeh-yeh
Ini adalah peluang kepada band-band baru & lama untuk memperlihatkan bakat mereka bermain musik era 60’an atau lebih dikenali Pop Yeh-yeh. Pertandingan ini terbuka kepada semua tiada had umur.


Hadiah Johan RM500.00 Yuran Penyertaan RM30.00



Permainan Sukan Tradisi
Kami juga ada menyediakan acara untuk seisi keluarga. Permainan Sukan Tradisi kami sediakan setiap hari Ahad pagi. Acara ini mesttilah di sertai oleh 4 orang ahli keluarga dimana mereka dikehendai bermain 4 jenis sukan tradisi, dan juara mingguan akan menangi sebuah basikal Lerun MTB 26”.
Yuran Penyertaan RM5.00



Jumaat-Ahad – Mulai 31/07/09-16/08/09
Pertandingan
· Colours of Melaka Idol 31/07, 07 & 14/08/09
· Micheal Jackson Look a Like 1/07,08 & 16/08/09
· Modern Dance (Shuffle /Breakdance) 1/07,08 & 16/08/09
· Battle of the Band Pop Yeh-yeh 1/07,08 & 16/08/09
· Permainan Sukan Tradisi 2 & 9 & 16/08/09

Aktiviti Orang ramai
· Persembahan Kebudayaan Setiap Jumaat
· Wall climbing & Flying Fox Setiap Jumaat-Ahad
· Klinik BMX Setiap Jumaat-Ahad
· Senam Seni & Bengkel Tarian Kebudayaan Setiap Ahad Pagi

Acara Menarik
· Paintball Kebangsaan 1 & 2 /08/09
· Muay Thai 08/08/09
· Big Screen –Chelsea vs Man United 09/09/09
· Konsert Jelajah ERA Perodua 15/09/09




Tuesday, July 14, 2009

Bazaria Ramadhan Dataran Pahlawan '09

Lokasi : Upper Ground Floor Dataran Pahlawan

Waktu : 3.00ptg ~ 2.00 pagi

Tarikh : 20 Ogos 2009 ~ 20 September 2009

Ruang Niaga : Kanopi 8' x 8', satu lampu dan satu plug point

Kadar Sewa : RM800.00 30 hari

Ruang Niaga : Kanopi 20' x 20', lampu, kipasn dan plug point

Kadar Sewa : RM2,000.00 30 hari

Ruang Niaga : Tapak 4' x 6' , 1 meja

Kadar Sewa : RM400.00 30 hari

Colours of Melaka '09 Bazaria

Lokasi : Upper Ground Floor Dataran Pahlawan Melaka

Waktu : 3.00 petang - 12.00 tengah malam

Tarikh :
31/07/09 ~ 02/08/09 (Jumaat ~ Ahad)
07/08/09 ~ 09/08/09 (Jumaat ~ Ahad)
14/08/09 ~ 16/08/09 (Jumaat ~ Ahad)

Ruang Niaga : Kanopi 8' x 8' dan 2 plug point

Kadar Sewa : 40.00 sehari

Sekiranya berminat sila isi borang di bawah sekali.

Sunday, July 12, 2009

Peluang Berniaga Pada Hujung Minggu & Bulan Ramadhan













Bila : Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad Mulai 31 Julai 2009

Lokasi : Upper Level Dataran Pahlawan Mega Mall Melaka

Beberapa faktor di kenal pasti bagi program ini boleh berjaya seperti berikut.

Lokasi – Dataran Pahlawan terletak di lokasi utama pelancong, khususnya Menara Taming Sari, A’Farmosa, Newton Food Court dan Hotel Equatorial.

Waktu – Hujung minggu dan waktu malam bersesuaian kerana ketika ini ramai pelancong berkunjung ke kawasan ini.

Konsep – Kebanyakan pelancong yang berjalan-jalan pada waktu sebegini agak sukar untuk mendapatkan hasil kraftangan dan produk tempatan kerana kebanyakan premesis perniagaan ini telahpun tutup. Kesempatan ini boleh dijadikan peluang perniagaan bagi mereka yang boleh menawarkan produk-produk ini kepada pelancong.